Tuesday, July 14, 2009

CinTa umPama MenunGGu Bas


Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu
dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa.
Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu
dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi
tapi kali ni awak kata,
"Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu
dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung
dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...
awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa
dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan
atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.
Tapi,
tak salah juga kalau anda sanggup
memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak,
apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng
dan turun daripada bas tu.

Tapi...
saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.
Awak nampak sebuah bas datang
[tentulah bas yg awak nanti-nanti kan]
awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham
dan pura-pura buat tak nampak awak
dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu,
apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,
awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan,
awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


p/s:aku amek ni kt buletin fs ak..ader kwn pOst..agak menarik..he3.

4 comments:

  1. y ya..
    aku pnh baca..
    dan betul..itu hakikatnye..
    so..
    sayangilah ape yg anda ada skang ek..
    jgn nak carik bus lain.haha

    ReplyDelete
  2. kite skng tgh citer..umpama bus la sayang...

    kalau ko keluar dr perumpamaan tu xpela cari teksi..
    tapi..
    nmpaknya..
    ayat2 di atas xleh guna..hehe

    ReplyDelete
  3. hak3.
    sajer jerk nk kOya lebey.
    lalala.

    ReplyDelete