Saturday, July 04, 2009

JeRinG..


Jering adalah tumbuhan yang berasal di Indonesia, Malaysia dan kawasan ASEAN. Daripada kajian yang telah dilakukan jering didapati mengandungi zat permakanan seperti berikut :-

3.5 peratus protein,
0.1 peratus
lemak,
1.7 peratus karbohidrat,
banyak mengandungi
kalsium,
banyak mengandungi
fosforus,
banyak mengandungi
besi,
vitamin A,
vitamin B,
vitamin C.

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.
Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit
penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)". Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan merekayang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.

p/s: nmpk gaya nyer bapak ak xleh mkn jering arr..
nnti kena gOut.huh..kesiannn..

1 comment:

  1. zin ko mmg student chem food yg keji....
    waaaaargh!

    ReplyDelete